Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 45

11 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Februari 2025 (Isnin), NADI Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 45 pada pukul 2:00 petang sehingga pukul 5:00 petang. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Kursus tersebut telah dihadiri oleh tiga orang peserta dari rumah masing-masing.

Latihan Pengendali Makanan ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor - faktor kritikal keracunan makanan. Para peserta Kursus Latihan Pengendali Makanan akan diberikan kuiz selepas selesai setiap sesi bagi menguji tahap kefahaman para peserta terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung.

Diharapkan kursus seperti ini bermanfaat untuk komuniti seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali